Melaka akhiri penantian 39 tahun, juara Piala Emas Khir Johari ke-57

Melaka membawa pulang hadiah RM30,000 dan Pulau Pinang pula RM15,000 pada kejohanan sepak takraw Piala Emas Khir Johari ke-57.
Melaka membawa pulang hadiah RM30,000 dan Pulau Pinang pula RM15,000 pada kejohanan sepak takraw Piala Emas Khir Johari ke-57.
A
A
A

MELAKA menepati ramalan muncul juara Piala Emas Khir Johari edisi ke-57 apabila menewaskan Pulau Pinang 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada Sabtu.

Kejayaan tersebut mengakhiri penantian pasukan tersebut selama 39 tahun apabila kali terakhir menjulangnya pada tahun 1985.

Melaka yang diperkuatkan dengan enam pemain kebangsaan tetap diberi tentangan sengit oleh Pulau Pinang yang dibarisi dengan ramai muka baharu.

Regu A Melaka dibarisi trio kebangsaan, Syahir Rosdi (tekong), Mohd Khairul Zaman Hamir Akhbar (apit kanan) dan Mohd Muqlis Borhan (apit kiri) berjaya menang 21-18, 21-15.

Mereka berjaya mengatasi Regu A Pulau Pinang, Ikhwan Syafiq Mohamad Fitri (tekong), Afiq Aiman Zairi (apit kanan) dan Irzan Nazri (apit kiri) untuk kedudukan 1-0.

Walaubagaimanapun, Pulau Pinang bangkit menerusi Regu B yang menampilkan pemain bawah 21 tahun menerusi trio Imran Mohd Fazli (tekong), Aiman Aliff Roslan (apit kiri) dan Nabil Naufal M Fuad (apit kanan) menang 22-20, 21-18.

Mereka menewaskan Regu B Melaka terdiri daripada Shakir Jamal (tekong), Arif Daniel Arifin (apit kanan) dan Raqib Effendi (apit kiri) untuk mengikat kedudukan 1-1.

Melaka kembali bangkit menerusi Regu C yang terdiri daripada pemain kebangsaan iaitu Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican (tekong), Mohamad Azlan Alias (apit kanan) dan Muhammad Zaim Razali (apit kiri).

Artikel Berkaitan:

Mereka berjaya menang 21-17, 21-16 mengatasi trio Pulau Pinang, Fakhrul Akhmal Narudin (tekong), Muhammad Zulhilmi (apit kiri) dan Haikal Jamil (apit kanan) untuk kedudukan penuh 2-1.

Kejayaan tersebut menyaksikan Melaka membawa pulang hadiah RM30,000 dan Pulau Pinang pula sebanyak RM15,000.