Komando cemas, payung terjun tidak terbuka

Tangkap layar video memaparkan detik cemas dihadapi seorang komando Paskau ketika melakukan pendaratan ketika latihan bersepadu AMTOP Siri 1/23 di Kuantan, baru-baru ini.
Tangkap layar video memaparkan detik cemas dihadapi seorang komando Paskau ketika melakukan pendaratan ketika latihan bersepadu AMTOP Siri 1/23 di Kuantan, baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang anggota komando Pasukan Khas Udara (Paskau) menempuh detik cemas apabila payung utamanya mengalami masalah ketika latihan bersepadu Air Mobility Tactical Operation (AMTOP) Siri 1/23 di Kuantan, baru-baru ini.

Detik mencemaskan itu tular menerusi media sosial setelah video kejadian berkenaan dipercayai dirakam orang ramai.

Video berkenaan memaparkan pendaratan yang dilakukan anggota Paskau itu mengalami masalah setelah payung terjun yang digunakannya tidak terbuka.

Difahamkan, kejadian berlaku berkemungkinan mengalami masalah teknikal sebelum anggota Paskau terbabit menggunakan payung terjun cadangan.

Detik cemas itu berakhir apabila anggota komando berkenaan berjaya mendarat dengan selamat di lokasi.

Latihan bersepadu itu membabitkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggabungkan elemen Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ia dikoordinasi oleh Markas Wilayah Udara 1 (Mawilud 1) sebagai hos yang dilaksanakan di kawasan operasi latihan sekitar Kuantan, Gong Kedak (Terengganu), Mersing (Johor) dan Pulau Pangkor (Perak).

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Seorang anggota komando Pasukan Khas Udara (Paskau) menempuh detik cemas apabila payung utamanya mengalami masalah ketika latihan bersepadu Air Mobility Tactical Operation (AMTOP) Siri 1/23 di Kuantan, baru-baru ini. Detik mencemaskan itu tular menerusi media sosial setelah video kejadian berkenaan dipercayai dirakam orang ramai. Muzik: Lance Conrad - Violent Memory dari Bensound.com #SinarHarian #SinarTerkini #Paskau #Komando #PayungTerjun

original sound - Sinar Harian