Pusat panggilan bekal sistem rekod, tipu tawar siaran diserbu

Ramli menunjukkan antara barang kes yang dirampas pihaknya dalam serbuan pusat panggilan penipuan di ibu negara, baru-baru ini.
Ramli menunjukkan antara barang kes yang dirampas pihaknya dalam serbuan pusat panggilan penipuan di ibu negara, baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis membongkar dua pusat panggilan iaitu sindiket rekod hasil penipuan serta tawaran khidmat siaran tidak wujud dalam serbuan di ibu negara, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, serbuan pada 10 April di sebuah premis di Cheras berjaya menumpaskan sindiket membekal sistem merekod dan mengira hasil penipuan online bagi tipu tawaran kerja dengan menyasarkan warga China.

Menurutnya, siasatan mendapati sindiket beroperasi sejak Mac lalu di mana bayaran dikenakan sebanyak RM1,000 untuk sindiket lain menggunakan sistem terbabit.

Antara suspek yang diberkas polis dalam serbuan di pusat panggilan penipuan di ibu negara, baru-baru ini.
Antara suspek yang diberkas polis dalam serbuan di pusat panggilan penipuan di ibu negara, baru-baru ini.

“Mereka berfungsi sebagai pembekal sistem rekod dan mengira wang untuk penipuan dalam talian (penipuan tawaran pekerjaan) yang menumpukan kepada warga China.

“Sindiket berperanan sebagai pengaturcara dalam sistem pengurusan kewangan untuk sindiket penipuan dalam talian," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, sindiket itu telah menjual sistem kepada lima pelanggan di China.

Antara barang kes yang dirampas polis dalam serbuan pusat panggilan penipuan di ibu negara, baru-baru ini.
Antara barang kes yang dirampas polis dalam serbuan pusat panggilan penipuan di ibu negara, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, semua pembayaran dilakukan dalam USDT (mata wang kripto) dan akan disimpan dalam akaun e-dompet yang disediakan majikan mereka di China.

"Dalam operasi ini, lapan individu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita China serta seorang wanita Vietnam berjaya ditahan selain rampasan komputer riba, dua monitor, 10 telefon bimbit, modem, router dan wang tunai berjumlah RM3,122," ujarnya.

Bagi serbuan kedua di Taman Maluri, Cheras pada 12 April lalu, Ramli berkata, JSJK menumpaskan sindiket pusat panggilan menawarkan perkhidmatan penyiaran penipuan kepada warga China.

Tambahnya, lima individu terdiri daripada dua lelaki tempatan dan tiga lelaki China berusia antara 28 dan 33 tahun berjaya ditahan.

"Sindiket ini menawarkan pakej penyiaran televisyen, drama dan filem palsu yang menumpukan kepada warga China," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!