Wan Sazriz dilantik sebagai CEO PMB Tijari


WAN SAZRIZ
WAN SAZRIZ
A
A
A
PELABURAN Mara Berhad (PMB) mengumumkan Wan Wan Sazriz Wan Zaid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikatnya, PMB Tijari bermula 2 Januari 2019.

Wan Sazriz berpengalaman lebih 17 tahun dalam pengurusan tertinggi syarikat di mana empat tahun kebelakangan ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Program, Carve Out & Compete, Perkhidmatan Kewangan dan Projek Khas Teraju yang bertanggungjawab memastikan penglibatan Bumiputera dalam pembangunan ekonomi dan melaksanakan dasar berasaskan intervensi, penciptaan permintaan, pembangunan kandungan, strategi korporat, pembinaan kapasiti dan lain-lain.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMB, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Wan Sazriz ambil alih tanggungjawab itu daripada beliau yang kini memegang jawatan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMB.

"Pengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan dan kewangan, Wan Sazriz mampu bantu PMB Tijari kukuhkan saluran perkongsian perniagaan, membangunkan pakatan strategik seterusnya kembangkan perniagaan ke seluruh tanah air," katanya.

Jelasnya, Wan Sazriz mahir dalam pembangunan strategik dan pelan pelaksanaan juga transformasi selain pernah berkhidmat bersama Malaysia Debt Ventures Berhad, Maybank dan Citibank.
Artikel Berkaitan: