Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Lah Wan ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam sekitar jam 9.05 pagi Rabu. - Foto:Bomba Miri.
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Lah Wan ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam sekitar jam 9.05 pagi Rabu. - Foto:Bomba Miri.
A
A
A

MIRI - Polis Miri menahan seorang lelaki berusia sekitar 30-an bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan parit besar di Lakeshore, Senadin dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang identitinya dikenali sebagai Lah Wan, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam sekitar jam 9.03 pagi.

"Mangsa pada awalnya diklasifikasi mati mengejut di tempat kejadian.

"Namun, pemeriksaan lanjut menemui enam kesan tetakan di bahagian kepala, dua kesan tetakan pada tapak tangan kanan, satu tetakan pada bahagian belakang badan serta satu kesan tetakan pada lutut sebelah kiri," katanya.

Menurutnya, mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.

Suspek ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, polis sedang mengenal pasti motif di sebalik serangan tersebut dan mengesan senjata yang digunakan. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: