Lelaki bakar al-Quran, Salwan Momika ditemui mati?

Momika melakukan perbuatan terkutuk dengan membakar al-Quran di hadapan masjid terbesar di Stockholm pada Jun 2023 dengan kebenaran pihak berkuasa Sweden. - Foto Agensi
Momika melakukan perbuatan terkutuk dengan membakar al-Quran di hadapan masjid terbesar di Stockholm pada Jun 2023 dengan kebenaran pihak berkuasa Sweden. - Foto Agensi
A
A
A

OSLO - Nama Salwan Momika yang membangkitkan kemarahan Muslim di seluruh dunia atas tindakan biadab mencemari kesucian al-Quran pada tahun lalu kembali menjadi trending selepas pelarian Iraq tersebut dikatakan telah ditemui mati di Norway.

Kematian pelampau kontroversi berusia 37 tahun itu dikongsi Radio Genoa di platform X pada Selasa.

Akaun tersebut bagaimanapun memadamkan ciapan itu yang telah menerima lebih sejuta reaksi pengguna X, namun tidak memberikan penjelasan lanjut.

Beberapa jam selepas khabar angin itu tersebar secara meluas, pemerintah Norway juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

Sebuah laman berhaluan kanan, Document yang memetik kenyataan Unit Imigresen di Oslo menyatakan pihak berkuasa tidak dimaklumkan tentang penemuan mayat bekas pemimpin gerakan militia tersebut.

Lelaki anti-Islam itu dikatakan berpindah ke Norway dari Sweden, baru-baru ini.

Tempoh permit menetap sementara Momika dilanjutkan sehingga 16 April ini selepas dia takut untuk kembali semula ke Baghdad atas perbuatannya yang menyinggung perasaan umat Islam.

Menerusi temu bual bersama tabloid Expressen berpusat di Stockholm, Momika menyuarakan hasratnya untuk berpindah ke Oslo selepas mengkritik dasar suaka di negara Scandinavia itu.

Artikel Berkaitan:

"Sweden hanya menerima 'pengganas' dan diberi perlindungan manakala ahli falsafah dan golongan pemikir disingkirkan," ujarnya yang merujuk kepada nasib dirinya.

Pada minggu lalu, Momika mengumumkan dia akan memohon suaka di Norway. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28