'Janganlah ambil serius sangat, saya tak marah pun'

Siti Nurhaliza semasa konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, baru-baru ini.
Siti Nurhaliza semasa konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, baru-baru ini.
A
A
A

PENYANYI terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa beliau memarahi kru belakang pentas semasa konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

Sebaliknya, ujar bintang berusia 45 tahun itu, suasana di belakang pentas mempunyai 1001 cerita dan hanya mereka yang bekerja sahaja mengetahui setiap debar bagi memberikan yang terbaik.

“Saya tak sangka pula, momen belakang pentas yang disiarkan dalam konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza mendapat perhatian dan dijadikan berita serta dikongsikan.

"Ada yang kata saya marah (reaksi dan mimik muka dalam video tersebut tanpa suara). Janganlah ambil serius sangat, saya tak marah pun, itu muka saya cuak atau cemas. Anda boleh lihat berapa saat sahaja sebelum LED itu terbuka dan saya kena menyanyi.

Antara reaksi Siti yang menjadi perdebatan hangat di media sosial.
Antara reaksi Siti yang menjadi perdebatan hangat di media sosial.

“Bayangkan kalau ‘ear monitor’ yang saya pakai tak dibuka. Peralatan ini sangat penting kepada penyanyi untuk mendengar suara dan muzik,” jelasnya menerusi Instagram.

Tambah Siti, beliau memuat naik semula video berkenaan bagi meredakan spekulasi dan video asal yang tular adalah sedutan rakaman konsert berkenaan yang disiarkan semasa sambutan Aidilfitri minggu lalu.

"Saya pun benarkan video tersebut disiarkan dalam siaran Astro sebab saya tahu, ada peminat mahu menonton situasi di belakang pentas.

Artikel Berkaitan:

"Saya tak marah pun, itu nada suara saya yang mahu memastikan 'ear monitor' saya dibuka dengan segera... dan berjalan secara profesional ke depan pentas, terus menghayati dan menghiburkan penonton," katanya.

Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Baru-baru ini, tular video pendek menunjukkan Siti menegur kru belakang pentas mengenai monitor telinganya yang tidak berfungsi beberapa saat sebelum tampil ke pentas.

Rata-rata tertumpu melihat reaksi wajah Siti kerana tidak pernah melihat keadaan bintang itu dalam keadaan marah sebelum ini.

Bagaimanapun ada yang berpendapat, sebagai manusia biasa, tidak ada salahnya untuk Siti memberi reaksi sebegitu rupa.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28