Gelar Muslim anjing, babi: Berdosa, wajib bertaubat dan dihukum pemerintah

PIHAK pemerintah wajib menghukum pelaku yang menggelarkan saudara seIslam sebagai binatang seperti anjing dan babi menurut Imam An-Nawawi.
PIHAK pemerintah wajib menghukum pelaku yang menggelarkan saudara seIslam sebagai binatang seperti anjing dan babi menurut Imam An-Nawawi.
A
A
A

MENGGELAR saudara seIslam sebagai binatang seperti anjing dan babi, pelakunya dihukum sebagai berdosa dan wajib bertaubat selain dihukum pihak pemerintah.

Begitulah hukum yang dijelaskan pendakwah, Ustaz Jafri Abu Bakar Al Mahmoodi ketika memetik kalam tokoh Islam, Imam An-Nawawi dalam video yang disiarkan melalui laman sosial, TikTok miliknya pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada segelintir umat Islam yang memanggil saudara seIslam mereka sebagai anjing dan babi apabila mereka makan di restoran-restoran yang sedang diboikot kerana terpalit dengan peperangan di bumi Palestin.

USTAZ JAFRI ABU BAKAR AL MAHMOODI
USTAZ JAFRI ABU BAKAR AL MAHMOODI

Menurutnya, beliau sendiri tidak bersetuju apabila sebilangan umat Islam makan di restoran yang diboikot sedangkan rakyat Palestin di Gaza sedang dibom dan dibunuh secara berterusan tanpa belas kasihan.

“Menggunakan perkataan memanggil sahabat kita, menggelarkan mereka sebagai anjing dan babi itu satu benda yang tidak patut dilakukan oleh kita sebagai Muslim.

“Walau macam mana kemarahan kita, jangan balas kezaliman dengan kezaliman. Kalau kita balas balik macam tu, maka kita sama saja dengan mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Hurainya, Imam An-Nawawi menghukum perbuatan menggelarkan Muslim dengan panggilan binatang adalah berdosa dan mereka wajib bertaubat.

“Pihak pemerintah pula wajib melaksanakan takzir (hukuman) kepada mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya kita tidak bersetuju dengan perbuatan orang Islam untuk makan di tempat yang diboikot itu, ia masih tidak melayakkan kita untuk memanggil saudara seIslam dengan panggilan yang tidak sepatutnya.

SALAH satu daripada gelaran yang dilontarkan pengguna media sosial kepada Muslim yang makan di sebuah restoran makanan segera.
SALAH satu daripada gelaran yang dilontarkan pengguna media sosial kepada Muslim yang makan di sebuah restoran makanan segera.

Terdahulu, lima lelaki termasuk seorang anggota tentera yang ditahan kerana melakukan provokasi dan ugutan jenayah terhadap pelanggan restoran makanan segera di Sungai Isap, Kuantan.

Berdasarkan laporan, kejadian berlaku apabila beberapa lelaki berkempen memboikot makanan segera dengan menaiki pacuan empat roda.

Difahamkan, berlaku provokasi antara suspek dan pengadu hingga mencetuskan pertengkaran.

Bagaimanapun, tiada pergaduhan berlaku tetapi suspek dkatakan mahu memukul pengadu dan untuk memastikan keselamatan terjamin, pengadu membuat laporan polis.