Bergelut hampir sejam tangkap buaya

Buaya tembaga seberat dua tan dibawa menggunakan jentera lori BBP Ayer Keroh.
Buaya tembaga seberat dua tan dibawa menggunakan jentera lori BBP Ayer Keroh.
A
A
A

JASIN - Sekumpulan nelayan terpaksa 'bergelut' selama sejam untuk menangkap seekor buaya tembaga seberat lebih satu tan di Pantai Siring, Kampung Pulai di sini pada Rabu.

Nelayan, Mohd Amin Mohd Yatim,50, berkata, ketika kejadian lebih kurang jam 10.15 pagi dia sedang menaiki perahu untuk menjaring ikan bersama isterinya, Norizah Abdul, 54, di pantai berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran reptilia sepanjang kira-kira 4.5 meter tidak jauh dari persisir pantai.

Menurutnya, bimbang dengan keadaan itu dia segera menghubungi beberapa rakan lain dan mereka kemudian bergerak ke arah laut untuk menangkap buaya tersebut.

Buaya tembaga yang berjaya ditangkap oleh sekumpulan nelayan di Pantai Siring, Kampung Pulai di sini pada Rabu.
Buaya tembaga yang berjaya ditangkap oleh sekumpulan nelayan di Pantai Siring, Kampung Pulai di sini pada Rabu.

"Jarak lebih kurang enam meter dari pantai sebab itu kami beramai-ramai menarik buaya itu ke darat.

"Ketika itu buaya tersebut bertindak agresif hingga ekornya cedera kerana melibas sampan nelayan," katanya ketika ditemui di sini, pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN:Nelayan, penduduk tangkap buaya tembaga

Buaya tembaga sepanjang 4.5 meter yang ditangkap sebelum diserahkan kepada Perhilitan.
Buaya tembaga sepanjang 4.5 meter yang ditangkap sebelum diserahkan kepada Perhilitan.

Artikel Berkaitan:

Dia yang telah lebih 30 tahun turun ke laut berkata, kehadiran reptilia di pantai itu dipercayai sejak lebih setahun lalu namun saiz yang sering dilihat tidaklah sebesar saiz buaya berjaya ditangkap itu.

Sementara itu, Komander Operasi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar berkata, ketika pihaknya tiba di lokasi mendapati buaya tembaga itu dalam keadaan telah diikat pada bahagian ekor dan mulut selepas berjaya ditangkap oleh nelayan di kawasan tersebut.

"Kita menggunakan jentera lori BBP Ayer Keroh sebelum menyerahkan buaya tersebut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!