Jenazah anak KPD Lahad Datu selamat dikebumikan

Jenazah anak KPD Lahad Datu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Khamis, Lahad Datu pada Rabu.
Jenazah anak KPD Lahad Datu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Khamis, Lahad Datu pada Rabu.
A
A
A

LAHAD DATU - Jenazah anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Khamis, di sini, pada petang Rabu.

Jenazah remaja berusia 14 tahun itu dikebumikan kira-kira jam 5.50 petang selepas proses bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Lahad Datu, selesai.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Turut hadir pada upacara itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinian Jais.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan anak kepada KPD Lahad Datu meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah kediaman di daerah itu.

Sementara itu, Shahurinain memaklumkan, pihak polis telah merampas sepucuk pistol semi automatik jenis Walther P99 untuk siasatan dalam kes melibatkan kematian anak KPD tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat manakala siasatan pihaknya turut mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Jenazah anak KPD Lahad Datu selamat dikebumikan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Jenazah #Polis #LahadDatu #Pengebumian #Remaja

To Guide You Home - Sami Yusuf