Dua lelaki samun kedai serbaneka diburu

Rakaman CCTV yang menunjukkan suspek yang terlibat kes samun berkenaan.
Rakaman CCTV yang menunjukkan suspek yang terlibat kes samun berkenaan.
A
A
A

PONTIAN - Polis memburu dua lelaki disyaki terlibat kes samun berkumpulan bersenjatakan parang di sebuah kedai serbaneka di Pekan Nanas, di sini, pada Ahad.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintenden Abd Hamid Abdul Rahman, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan sekitar jam 4.50 pagi daripada pekerja kedai serbaneka terbabit.

“Siasatan di lokasi mendapati kedua-dua suspek didapati memakai pelitup muka selain berfizikal kurus selain memiliki ketinggian sekitar 170 sentimeter (cm).

“Selain itu, kedua-dua suspek juga didapati memakai jaket biru warna gelap serta jaket warna merah.

“Salah seorang daripada mereka didapati bersenjatakan parang panjang berukuran sekitar 45cm,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kedua-dua suspek berjaya melarikan wang perniagaan kedai serbaneka berkenaan termasuk barang kemas milik mangsa.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat Inspektor Wan Nor Ismaliza Wan Ismail di talian 016-2089835 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28