Polis buru dua lelaki samun kedai runcit

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Polis memburu dua lelaki disyaki terlibat kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Kebun Baru, Telok Panglima Garang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@ Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada pemilik kedai itu pada 3 petang.

"Siasatan mendapati seorang daripada suspek memasuki kedai dengan menutup muka menggunakan baju yang dijadikan topeng, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.

"Suspek yang bersenjatakan parang kemudian melarikan laci yang mengandungi wang tunai, dua tabung masjid dan satu telefon bimbit milik pekerja kedai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu menyebabkan pemilik kedai kerugian kira-kira RM3,000.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat menerusi talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.- Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: