'Liverpool tak layak julang EPL'

Jurgen Klopp. Foto: AFP
Jurgen Klopp. Foto: AFP
A
A
A

IMPIAN gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk Liverpool tidak akan kesampaian sekiranya pasukan itu mengulangi persembahan sebagaimana menentang Crystal Palace, kata Jurgen Klopp.

Gol daripada Eberechi Eze menyaksikan Liverpool menempa kekalahan pertama EPL di Anfield sejak Oktober 2022 dan Klopp mahu mempertikaikan mengenai keputusan tersebut.

Ia meneruskan aksi malang The Reds selepas tewas kepada Atalanta pada Jumaat lalu dan Klopp terbuka untuk menerima kritikan.

"Jika kami bermain seperti yang kami lakukan pada separuh masa pertama, kami tidak layak menang liga.

"Jika kami bermain seperti pada separuh masa kedua, kami boleh memenangi perlawanan bola sepak," kata pengendali Liverpool itu.

Klopp berkata, Liverpool perlu berdepan dengan empat perlawanan sukar di tempat lawan.

"Kami perlu menghadapinya. Kritikan pada saat-saat ini tidak ada silapnya. Ini semua tentang cara kami menanganinya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28