Liverpool tumbang lagi, Crystal Palace terbang tinggi di Anfield

Eze meraikan jaringan pembukaan Crystal Palace ketika menentang Liverpool di Stadium Anfield, pada Ahad. Foto AFP
Eze meraikan jaringan pembukaan Crystal Palace ketika menentang Liverpool di Stadium Anfield, pada Ahad. Foto AFP
A
A
A

ANFIELD sudah hilang magis buat Liverpool...?

Itu mungkin persoalan yang timbul dalam kalangan penyokong-penyokong Liverpool selepas gergasi Inggeris tersebut tumbang buat kali kedua berturut-turut di laman keramat The Reds dalam tempoh seminggu.

Pada Ahad, gol minit ke-14 pemain tengah Crystal Palace, Eberechi Eze menyaksikan Liverpool sekali lagi direbahkan 0-1 The Eagles asuhan Oliver Glasner di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Anak buah Jurgen Klopp sebelum ini dibelasah kelab Serie A Itali, Atalanta, 3-0 dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Europa pada 12 April lalu.

Kekalahan ketiga liga tersebut juga menyaksikan skuad asuhan Klopp berkenaan terlepas peluang kembali menerajui saingan yang kini diungguli penyandang juara Manchester City.

Keputusan terkini itu membolehkan The Reds kekal dikedudukan ketiga dengan 71 mata manakala The Citizens pula 32 mata selepas kedua-dua mengharungi 32 perlawanan liga.

Awal pagi Jumaat ini, Liverpool akan bertandang ke Stadium Gewiss, Bergamo, bagi perlawanan timbal balik kedua Liga Europa menentang Atalanta.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: