Selangor juara Liga Jelajah Juara Esports Malaysia

Barisan pemenang bergambar bersama-sama selepas berakhirnya Kejohanan Liga Jelajah Juara Esports Malaysia musim pertama pada Sabtu.
Barisan pemenang bergambar bersama-sama selepas berakhirnya Kejohanan Liga Jelajah Juara Esports Malaysia musim pertama pada Sabtu.
A
A
A

PASUKAN Selangor muncul selaku juara keseluruhan Kejohanan Liga Jelajah Juara Esports Malaysia musim pertama yang berakhir pada Sabtu.

Kejohanan itu merupakan sebuah program yang julung kalinya diadakan bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada semua peserta yang telah terlibat dalam program Jelajah Juara Esports Malaysia yang diadakan sebelum ini untuk merasai suasana pertandingan bertaraf kebangsaan.

Kejohanan Liga Jelajah Juara Esports Malaysia 2023 adalah komponen Fasa 2 bagi program Jelajah Juara Esports 2023 yang telah dianjurkan di seluruh negara sepanjang November dan Disember 2023.

Kejohanan itu telah disertai oleh pasukan-pasukan Mobile Lagend Bang Bang (MLBB) daripada 16 buah negeri dan wilayah persekutuan yang diadakan secara bersemuka di Dewan Banquet Casa 4, MSN bermula 25 hingga 30 Disember 2023 yang lalu.

Selain pertandingan e-sukan, ia juga melibatkan kejohanan bola sepak 7 sebelah yang juga disertai oleh barisan peserta yang sama.

Menurut penganjur kejohanan, Mohd Syazwan Mohd Hanafie, kejohanan itu telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

"Kita berusaha untuk melahirkan juara baharu yang bakal menjadi pemain-pemain e-sukan profesional suatu masa nanti dan juga mewakili negara dalam temasya sukan e-sukan di peringkat antarabangsa.

"Alhamdulillah kita telah selesai kejohanan ini yang mana saya merasakan ia telah berjaya mencapai objektif yang diharapkan dalam usaha kita untuk melahirkan juara baharu yang bakal menjadi pemain-pemain e-sukan profesional suatu masa nanti," katanya.

Artikel Berkaitan: