Hargai seni, estetika piring hitam

Orang ramai yang berkunjung ke kedai Momen Keeta boleh melihat dan bergambar sambil mendengar alunan muzik piring hitam daripada album yang diminati.
Orang ramai yang berkunjung ke kedai Momen Keeta boleh melihat dan bergambar sambil mendengar alunan muzik piring hitam daripada album yang diminati.
A
A
A

IPOH - Gemersik irama daripada vinil atau piring hitam boleh membuatkan sesiapa sahaja terpesona sebaik muziknya dimainkan.

Nilai estetika dan kesenian tinggi, memerangkap pendengar dalam nostalgia lama yang penuh nilai sentimental.

Elemen vintaj menjadikan melodi muzik analog tersebut terus diminati sehingga kini meskipun paksi muzik telah beralih kepada pendigitalan.

Perkara itu diakui Mardiati Rahim, 50, yang mengumpul pelbagai koleksi piring hitam artis tanah air dan luar negara sejak 20 tahun lalu.

Mardiati mengumpul pelbagai koleksi piring hitam artis tanah air dan luar negara sejak 20 tahun lalu.
Mardiati mengumpul pelbagai koleksi piring hitam artis tanah air dan luar negara sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya, trend mengumpul koleksi piring hitam mula menjadi ikutan dalam kalangan generasi muda.

Katanya, bukan sekadar menjadi pengumpul, kumpulan anak-anak muda ini juga aktif memainkan muzik piring hitam dalam penganjuran acara.

“Walaupun teknologi digital mendahului dalam rakaman menerusi cakera padat, DVD dan aplikasi muzik, masih ramai yang selesa menikmati lagu menerusi piring hitam.

Artikel Berkaitan:

Segenap ruang kedai Momen Keeta mempamerkan pelbagai poster filem wayang lama antaranya filem klasik Singapura pada 1960 yang dibintangi Maria Menado.
Segenap ruang kedai Momen Keeta mempamerkan pelbagai poster filem wayang lama antaranya filem klasik Singapura pada 1960 yang dibintangi Maria Menado.

“Ia bagaikan trend yang kembali. Bukan setakat dalam Malaysia, negara luar seperti Singapura dan Indonesia juga sudah ramai anak-anak muda mula memainkan semula muzik analog ini,” katanya.

Beliau yang memiliki lebih 700 piring hitam mengabadikan hobi dan minatnya itu dengan membuka kedai ‘Momen Keeta’ di Jalan Kuala Kangsar di sini.

Katanya, kedai berkonsepkan vintaj yang beroperasi sejak lima tahun lalu itu kerap dikunjungi generasi muda termasuk berusia 20-an yang mahu mendapatkan koleksi dikumpul.

“Citarasa pendengar muda tidak tertakluk kepada satu jenis muzik sahaja. Ada yang selesa dengan muzik 80-an, kumpulan rock luar negara dan ada juga yang meminati muzik indi negara seberang.

“Namun respon yang selalu saya terima, mendengar daripada piring hitam lebih mengasyikkan, fizikal dan kualiti bunyinya jauh lebih baik berbanding muzik digital,” katanya.

Terdapat lebih 700 koleksi piring hitam dipamerkan di kedai 'Momen Keeta' di Jalan Kuala Kangsar dekat Ipoh.
Terdapat lebih 700 koleksi piring hitam dipamerkan di kedai 'Momen Keeta' di Jalan Kuala Kangsar dekat Ipoh.

Mardiati yang berkongsi minat bersama suami, Mohamed Faisal Isa, 52, mengakui, harga pasaran bagi sekeping piring hitam bukan murah contohnya piring hitam album Kenangan Abadi Tan Sri P Ramlee dan album khas batik Puan Sri Saloma yang dimiliki dengan nilai ribuan ringgit.

“Lebih lama usia piring hitam itu, semakin mahal nilai sentimental dimiliki. Walaupun mahal, tetapi menjadi kepuasan untuk kita memilikinya,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!