Pochettino cadang guna kudrat pemain akademi Chelsea

Mauricio Pochettino. Foto AFP
Mauricio Pochettino. Foto AFP
A
A
A

CHELSEA sedang mempertimbangkan menampilkan beberapa pemain muda akademi The Blues menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Everton pada Selasa.

Jelas pengendali Mauricio Pochettino, keputusan itu selepas krisis kecederaan terus menghimpit kelab London tersebut hingga menjejaskan konsistensi mereka musim ini.

“Chelsea sebuah kelab bola sepak yang memiliki antara akademi pelapis terbaik bukan sahaja dalam liga, tetapi juga dunia.

“Mereka (pemain akademi) berkemungkinan akan dilibatkan dalam skuad senior untuk perlawanan menentang Everton pada Selasa,” kata pengendali kelahiran Argentina itu.

Enzo Fernandez dan Axel Disasi antara senarai kecederaan terbaharu diragui untuk perlawanan di Stamford Bridge, ketika pertahanan Ben Chilwell kembali menjalani latihan.

Sebagai rekod, Chelsea mempunyai 11 pemain pasukan utama, termasuk pemain sayap Raheem Sterling dan penjaga gol Robert Sanchez yang kurang cergas.

“(Enzo dan Disasi) mempunyai pelbagai isu. Kami tidak percaya ia adalah isu besar tetapi kami akan lihat jika ia boleh diselesaikan.

“Ben Chilwell pula sedang menjalani latihan ringan, kita akan lihat sama ada dia boleh dilibatkan dalam skuad pada Selasa atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan:

“Ia berita baik, tetapi dia tidak bermain terlalu banyak musim ini," kata Pochettino yang menyifatkan krisis kecederaan di Chelsea menjadi antara faktor utama aksi tidak konsisten mereka musim ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!