Enam termasuk kanak-kanak maut ditikam di pusat beli-belah Sydney

Polis dan paramedik bersiap sedia di luar Westfield Bondi Junction selepas berlaku insiden tikaman di pusat beli-belah itu pada Sabtu. Foto AFP
Polis dan paramedik bersiap sedia di luar Westfield Bondi Junction selepas berlaku insiden tikaman di pusat beli-belah itu pada Sabtu. Foto AFP
A
A
A

SYDNEY - Sekurang-kurangnya enam terbunuh termasuk seorang kanak-kanak dalam insiden tikaman di sebuah pusat beli-belah yang sibuk di Bondi Junction, Sydney, Australia pada Sabtu.

Memetik CNN, Asisten Komisioner Polis New South Wales, Anthony Cooke berkata, suspek berjaya ditembak mati setelah dia mengacukan pisau ke arah polis dalam insiden yang berlaku sekitar jam 4 petang waktu tempatan itu.

"Ada lima mangsa yang kini telah meninggal dunia akibat tindakan penjenayah ini. Terdapat lebih daripada beberapa orang lain yang telah dihantar ke hospital.

"Sebahagian besar daripada mereka berada dalam keadaan serius dan kritikal pada ketika ini, dan saya tidak mempunyai maklumat lanjut berkenaan mengenai mangsa-mangsa tersebut.

"Saya tahu salah seorang daripada mereka adalah seorang kanak-kanak kecil," katanya.

Polis mengepung pusat beli-belah Westfield Bondi Junction pada Sabtu. Foto AFP
Polis mengepung pusat beli-belah Westfield Bondi Junction pada Sabtu. Foto AFP

Cooke bagaimanapun tidak mendedahkan identiti suspek. Berdasarkan siasatan awal, dia menambah penyerang bertindak seorang diri dan motif serangan sedang disiasat.

Reuters melaporkan ratusan orang telah dipindahkan dari pusat beli-belah itu selepas serangan.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, CNN turut melaporkan lapan individu termasuk seorang kanak-kanak dikejarkan ke hospital berdekatan.

Sebuah keluarga meninggalkan pusat beli-belah Westfield Bondi Junction selepas insiden tikaman pada Sabtu. Foto AFP
Sebuah keluarga meninggalkan pusat beli-belah Westfield Bondi Junction selepas insiden tikaman pada Sabtu. Foto AFP

Sementara itu, Perdana Menteri Australia, Anthony Albenese berkata, beliau telah diberi taklimat mengenai tragedi tersebut.

"Tragisnya, banyak mangsa telah dilaporkan, dan doa saya untuk semua warga Australia, mereka yang terjejas dan orang tersayang," tulisnya di laman X.

Sementara itu, dua saksi lelaki memberitahu 9 News yang mereka nampak seorang wanita dan bayinya ditikam dalam serangan berdarah itu.

"Kami memegang bayi tersebut dan cuba menyelamatkannya. Begitu juga dengan ibunya, dengan menekap luka untuk menghentikan darah," katanya memetik laporan CNN lagi. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Sekurang-kurangnya enam terbunuh termasuk seorang kanak-kanak dalam insiden tikaman di sebuah pusat beli-belah yang sibuk di Bondi Junction, Sydney, Australia pada Sabtu. Memetik CNN, Asisten Komisioner Polis New South Wales, Anthony Cooke berkata, suspek berjaya ditembak mati setelah dia mengacukan pisau ke arah polis dalam insiden yang berlaku sekitar jam 4 petang waktu tempatan itu. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral

original sound - Sinar Harian