Mangkuk emas RM310,000 dicuri di pusat beli-belah

Mangkuk emas tulen bernilai RM310,000 dicuri semasa pameran di pusat membeli belah di Tokyo. - Agensi
Mangkuk emas tulen bernilai RM310,000 dicuri semasa pameran di pusat membeli belah di Tokyo. - Agensi
A
A
A

TOKYO - Sebuah mangkuk emas tulen berharga sekitar 10 juta yen (RM310,000) dicuri dari sebuah pusat membeli-belah di Tokyo pada Jumaat dan polis tempatan kini sedang memburu seorang lelaki yang dirakam kamera mengambil barangan tersebut.

Menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan, seorang petugas menyedari mangkuk itu hilang dari ruang pameran pada sekitar waktu tengah hari sempena pameran emas di Pusat Beli-Belah Nihombashi Takashimaya.

Kyodo News melaporkan lelaki itu memaklumkan kes kecurian kepada polis kira-kira 15 minit kemudian.

Difahamkan, mangkuk itu dipamerkan dalam bekas kotak plastik jernih tanpa kunci.

Kamera litar tertutup (CCTV) merakam seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an tahun mengalihkan mangkuk itu dan memasukkan ke dalam beg galasnya pada sekitar 11.40 pagi (waktu tempatan).

Menurut polis lagi, lelaki tu memakai cermin mata dan jaket sejuk. - Agensi

Artikel Berkaitan: