Pasport Perancis milik lelaki Israel tulen - KDN

Saifuddin menyampaikan taklimat semasa Lawatan Tinjauan Op Khas Pagar Laut bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menaiki Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah di perairan Klang, pada Isnin.
Saifuddin menyampaikan taklimat semasa Lawatan Tinjauan Op Khas Pagar Laut bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menaiki Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah di perairan Klang, pada Isnin.
A
A
A

KLANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan pasport Perancis yang digunakan seorang lelaki Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang pada Rabu lalu, adalah tulen.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, timbul beberapa persoalan orang mengatakan bagaimana lelaki itu masuk ke Malaysia.

Menurutnya, penjelasan KDN suspek masuk menggunakan pasport negara Perancis.

"Jadi ada juga orang tanya tetapi pejabat pengeluar pasport di Tel Aviv (Israel). Di Tel Aviv ada Kedutaan Perancis, bila dia mohon pasport, dia pergi ke kedutaan itu, jadi pejabat pengeluar, Tel Aviv.

"Ya, valid pasport (Perancis) itu, dia (suspek) warga Israel yang memegang pasport Perancis," katanya kepada pemberita selepas Lawatan Tinjauan Op Khas Pagar Laut bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menaiki Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah di sini pada Isnin.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi; Ketua Pengarah Maritim, Datuk Hamid Mohd Amin serta pegawai-pegawai kanan agensi penguat kuasa di bawah KDN.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkta, timbul percubaan untuk mengalihkan pemantauan mendakwa tindakan pihaknya tidak kemas, lompong dan sebagainya.

Katanya, daripada sudut imigresen, sekiranya dokumen perjalanan itu sah dan tiada masalah hubungan Malaysia dengan negara terbabit, tiada masalah untuk warga itu masuk.

Artikel Berkaitan:

"Sebab itu bila tangkapan dibuat, kita soal siasat dia benar rakyat Israel," ujarnya.

Jelas Saifuddin, beliau meminta masyarakat memberikan keyakinan penuh dengan tahap profesional siasatan polis.

"Saya diberikan taklimat daripada semasa ke semasa, mereka (polis) mencapai progres yang bagus. Dalam tempoh 48 jam mereka tangkap pembekal senjata kepada lelaki Israel itu dan sebagainya," katanya.

Ketika ditanya sama ada KDN akan meneliti semula kemasukan warga asing, Saifuddin menegaskan, Malaysia negara berdaulat dan polisi menerima kedatangan pelancong tidak kira dari mana kecuali negara tiada hubungan diplomatik.

"Jadi semua pintu masuk negara asalkan mereka sampai dengan dokumen sah, tertib, masuk seperti biasa.

"Cuma tanggungjawab kita mengawal keselamatan pintu masuk bagi memastikan mereka datang dari kalangan tidak terlibat daripada sebarang aktiviti ancaman. Kita ada senarai hitam individu dilarang masuk," katanya.

Pada Jumaat, dalam sidang akhbar, Razarudin mendedahkan penahanan suspek lelaki dipercayai warga Israel berusia 36 tahun di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu.

Polis turut menemui enam pistol termasuk SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru selain dua pasport iaitu pasport Perancis yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu serta satu pasport Israel.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28