Kawasan rumput berhampiran Dataran Jambatan Angkat terbakar

Sebahagian kawasan rumput berhampiran Dataran Jambatan Angkat (Drawbridge) terbakar. Foto Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota
Sebahagian kawasan rumput berhampiran Dataran Jambatan Angkat (Drawbridge) terbakar. Foto Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebahagian kawasan rumput berhampiran Dataran Jambatan Angkat (Drawbridge), di sini terbakar pada malam Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kota, Yahaya Hanapi@Nasir berkata, seramai enam anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.50 malam.

"Kebakaran itu melibatkan kawasan rumput dengan anggaran keluasan sebanyak 0.02 hektar.

"Jadi anggota bomba menggunakan air tangki pam jentera untuk kerja-kerja pemadaman kebakaran bagi mengelak api daripada merebak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, api itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.16 malam.

"Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: