Kes denggi meningkat: Johor kedua tertinggi selepas Selangor

Kes denggi di negeri ini dilihat membimbangkan dengan peningkatan mendadak apabila 4,848 kes dilaporkan secara kumulatif sehingga minggu epid ke-13 (sehingga 30 Mac), berbanding 1,907 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Foto hiasan
Kes denggi di negeri ini dilihat membimbangkan dengan peningkatan mendadak apabila 4,848 kes dilaporkan secara kumulatif sehingga minggu epid ke-13 (sehingga 30 Mac), berbanding 1,907 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Foto hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kes denggi di negeri ini dilihat membimbangkan dengan peningkatan mendadak apabila 4,848 kes dilaporkan secara kumulatif sehingga minggu epid ke-13 (sehingga 30 Mac), berbanding 1,907 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, lapan kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding dua kematian bagi tempoh yang sama tahun tahun lalu.

Menurut beliau, Johor kini merupakan negeri kedua yang mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi di peringkat kebangsaan selepas Selangor.

"Jumlah terkumpul lokaliti wabak adalah sebanyak 737 berbanding 229 bagi tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 508 lokaliti.

"Johor juga adalah negeri tertinggi melaporkan kematian akibat komplikasi denggi di Malaysia iaitu dengan lapan kematian. Peningkatan kes denggi akan secara langsung memberi kesan kepada bilangan kematian denggi.

"Situasi itu juga berkait rapat dengan bebanan yang dihadapi oleh pihak hospital. Oleh itu, bagi mengurangkan insiden kematian ini, aktiviti kawalan dan pencegahan perlu dipergiatkan bagi mengurangkan kes demam denggi," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Menurut Tian Soon, musim perayaan menyebabkan pergerakan masyarakat meningkat seterusnya meningkatkan risiko berlakunya peningkatan jangkitan demam denggi.

Katanya, langkah pencegahan perlu dilakukan agar rumah bebas nyamuk denggi.

Artikel Berkaitan:

"Peranan membendung kes denggi bukan hanya terletak kepada Jabatan Kesihatan semata-mata, tetapi perlu membabitkan kerjasama daripada pelbagai jabatan, agensi, syarikat swasta, badan bukan kerajaan, dan masyarakat awam termasuk sukarelawan MyCHAMPION COMBI.

"Penglibatan holistik dan komprehensif ini dapat mengurangkan penularan penyakit demam denggi ke tahap yang minimum sehingga penyakit denggi bukan lagi ancaman kepada kesejahteraan rakyat.

"Terdapat lima kategori premis tertinggi mencatatkan peratus pembiakan positif nyamuk aedes perlu diberi perhatian iaitu tanah lot kosong, taman permainan/rekreasi, projek rumah terbengkalai, tapak binaan dan tanah perkuburan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!