Pengawal keselamatan ditahan amang seksual kanak-kanak

Polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun kerana dipercayai melakukan amang seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia empat tahun. Gambar hiasan
Polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun kerana dipercayai melakukan amang seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia empat tahun. Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun kerana dipercayai melakukan amang seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita berusia 32 tahun menyatakan anaknya telah diperlakukan sedemikian pada jam 11.50 malam, 28 Mac lalu.

Beliau berkata, pengadu telah dimaklumkan oleh anak perempuannya bahawa dia telah menjadi mangsa amang seksual oleh pengawal keselamatan tersebut di Taman Melawati, dekat sini.

Jelas beliau, suspek adalah teman lelaki kepada ibu kanak-kanak terbabit.

"Wanita yang tidak bekerja itu dimaklumkan oleh anaknya bahawa suspek telah mencium dan menyentuh kemaluannya.

"Sebelum itu, suspek juga telah memukul di bahagian dada mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ekoran kejadian itu, kata beliau, polis menahan pengawal keselamatan itu pada Jumaat jam 7.35 malam.

"Semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, namun positif dadah.

Artikel Berkaitan:

"Suspek dibawa ke Mahkamah Ampang bagi permohonan tahanan reman dan dibenarkan ditahan selama tujuh hari bermula 6 hingga 12 April ini.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 14 (a) Akta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!