Mangsa kes amang seksual PU Azman beri keterangan secara tertutup

PU Azman berbaju Melayu berwarna kelabu ketika hadir ke Mahkamah Seremban, pada Jumaat.
PU Azman berbaju Melayu berwarna kelabu ketika hadir ke Mahkamah Seremban, pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - Prosiding perbicaraan kes amang seksual fizikal terhadap remaja membabitkan Pencetus Ummah (PU), Azman Syah Alias dijalankan secara tertutup di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat.

Hakim, Datin Surita Budin membuat arahan itu selepas saksi ke-11 berusia 18 tahun yang juga mangsa dipanggil memberi keterangan.

Beliau turut mengarahkan semua yang tidak terlibat dalam kes berkenaan untuk keluar.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hadi Hakimi Harun, Zahida Zakaria dan Goh Hsiao Tung manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir.

Sebelum itu PU Azman, 42, yang hadir ke mahkamah ditemani barisan peguamnya sempat memberi salam kepada pengamal media yang menanti kehadirannya.

PU Azman ditemani peguam ketika hadir ke mahkamah pada Jumaat.
PU Azman ditemani peguam ketika hadir ke mahkamah pada Jumaat.

Beliau yang berbaju Melayu berwarna kelabu kelihatan lebih tenang berbanding biasa.

Kali terakhir penceramah selebriti itu hadir untuk prosiding perbicaraan di Seremban pada 27 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Azman yang juga dikenali sebagai Cik Man menghadapi 12 pertuduhan seksual iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, empat kes di Mahkamah Majistret dan Sesyen Klang, satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ampang serta dua kes di Mahkamah Shah Alam.

Kali pertama beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada 12 Oktober tahun lalu atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki, pada Februari dan Julai tahun lalu.

Dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja berusia 16 dan 17 tahun itu dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, Negeri Sembilan, pada 6 Julai 2022.

Azman kemudian dituduh di Mahkamah Sesyen Ampang pada 21 Disember tahun lalu kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah bilik resort di Hulu Langat, pada waktu tengah hari 22 Julai tahun lalu.

Beliau turut berdepan empat lagi pertuduhan di dua mahkamah lain berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang lagi remaja.