Pemandu lori ditahan rosakkan patung tokong

Tular video berdurasi 41 saat di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki menendang patung di sebuah tokong kecil sebelum beredar dengan menaiki sebuah kereta. Foto ihsan pembaca (Gambar kecil: Mohamed Nordin)
Tular video berdurasi 41 saat di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki menendang patung di sebuah tokong kecil sebelum beredar dengan menaiki sebuah kereta. Foto ihsan pembaca (Gambar kecil: Mohamed Nordin)
A
A
A

LUMUT - Seorang pemandu lori ditahan polis selepas disyaki melakukan khianat dengan merosakkan peralatan di sebuah tokong kawasan Kampung Koh di sini.

Tular video berdurasi 41 saat di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki menendang patung di sebuah tokong kecil sebelum beredar dengan menaiki sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 35 tahun itu dilakukan selepas menerima laporan pada Sabtu.

"Suspek ditahan sekitar jam 9.30 malam dan sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan suspek untuk merakam video turut dirampas.

"Video kejadian itu didapati mula disebar sejak 24 Mac lalu sehinggalah pengadu membuat laporan kerana bimbang akan memberi kesan lebih teruk," katanya di sini pada Ahad.

Menurut beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sentimen 3R (raja, agama dan kaum) hingga boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!