Polis jejaki pemandu lori, kereta tular

Tangkap layar klip video berdurasi 52 saat tular di media sosial yang berjaya dirakam pengguna jalan raya.
Tangkap layar klip video berdurasi 52 saat tular di media sosial yang berjaya dirakam pengguna jalan raya.
A
A
A

JERANTUT - Polis Jerantut giat menjejaki pemandu lori dan pemandu kereta jenis Proton Persona selepas tular klip video memaparkan sebuah lori dipandu secara bahaya mengganggu perjalanan dan menghimpit kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis memberitahu, penularan klip berdurasi 52 saat itu dikesan di media sosial kira-kira jam 8.30 pagi pada Ahad.

Menurutnya, kejadian tersebut sempat dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di tempat kejadian.

"Hasil semakan pihak polis, kejadian berlaku di di Batu 1, Jalan Jerantut-Benta (arah Jerantut).

"Kedua-dua pemandu di dalam video tersebut diminta tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987," kata beliau dalam kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu pihak polis.

"Orang ramai boleh hadir ke Balai berhampiran atau menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jerantut di talian 09-2666889" jelasnya.

@sinarharianonline Polis Jerantut giat menjejaki pemandu lori dan pemandu kereta jenis Proton Persona selepas tular klip video memaparkan sebuah lori dipandu secara bahaya mengganggu perjalanan dan menghimpit kereta tersebut. #SinarHarian#SinarTerkini#VideoViral#Lori original sound - Sinar Harian

Artikel Berkaitan: