Fokus isu, henti serang Latheefa Koya: Peguam

Latheefa Koya (tengah) ketika sidang media di Ibu Pejabat SPRM baru-baru ini. -Foto Bernama
Gambar kecil: Jahaberdeen
Latheefa Koya (tengah) ketika sidang media di Ibu Pejabat SPRM baru-baru ini. -Foto Bernama Gambar kecil: Jahaberdeen
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat di negara ini diingatkan agar belajar mengkritik kerajaan atau agensi kerajaan berdasarkan hujah serta berteraskan isu dan bukannya peribadi, kata peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamad Yunoos.

Beliau berkata, sebarang perbuatan mencalar reputasi mana-mana individu adalah satu kesalahan jenayah dan ia perbuatan tidak bermoral yang harus dielakkan.

“Rakyat Malaysia perlu belajar kritik kerajaan atau agensi kerajaan berdasarkan hujah-hujah serta berteraskan isu-isu dan bukannya peribadi kerana yang pentingnya ialah niat kritikan adalah sama ada untuk penambahbaikan dan menegur apa yang salah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mendakwa terdapat satu komplot yang didalangi individu dan peguam untuk mengedarkan material bertujuan mencalarkan reputasi peribadinya.

Rabu lalu, Latheefa mendedahkan sembilan set rakaman perbualan didakwa konspirasi jenayah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu lain termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman audio: Polis akan panggil Latheefa Koya

Ada komplot jenayah mahu calar reputasi saya: Latheefa Koya

Latheefa patut letak jawatan, kembali kepada PKR: Asyraf Wajdi

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Jahaberdeen berkata, isu yang perlu dibincang sama ada adakah wajar mana-mana agensi penguatkuasa mendedahkan maklumat-maklumat tertentu diterima daripada mana-mana pemberi maklumat kepada rakyat dalam keadaan tertentu.

Sehubungan itu, katanya, isu rakaman audio tidak harus digelincirkan melalui percubaan untuk membuat serangan terhadap Latheefa secara peribadi.

“Saya menyeru mana-mana pihak, untuk berhenti serang Latheefa secara peribadi dan fokus isu berkaitan SPRM dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

“Saya juga berpendirian bahawa rakyat harus menjaga reputasi setiap ketua setiap institusi-institusi dalam negara kecuali ada perkara-perkara yang terpaksa didedahkan demi kepentingan negara.

“Saya menyeru mana-mana pihak, untuk berhenti serang Latheefa secara peribadi dan fokus isu berkaitan SPRM dan kedaulatan undang-undang,” katanya.