Latheefa patut letak jawatan, kembali kepada PKR: Asyraf Wajdi

Kenyataan Asyraf Wajdi berhubung tindakan Latheefa berkaitan audio membabitkan bekas Perdana Menteri dan beberapa lain yang disifatkan sebagai konspirasi jenayah tertinggi.
Kenyataan Asyraf Wajdi berhubung tindakan Latheefa berkaitan audio membabitkan bekas Perdana Menteri dan beberapa lain yang disifatkan sebagai konspirasi jenayah tertinggi.
A
A
A

SHAH ALAM – Pemuda UMNO mendesak Latheefa Koya meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kembali dalam kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki dalam kenyataan hari ini berkata, Latheefa didakwa bersikap subjudis dan menghina mahkamah apabila mendedahkan audio berkaitan perbualan berkaitan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd Rabu lalu.

“Desakan ini bagi mewakili pungutan suara lebih 105,000 orang secara rawak di halaman Facebook. Lebih 94 peratus responden bersetuju bahawa Latheefa Koya telah membelakangi prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) dengan membuat pendedahan rakaman perbualan telefon beberapa individu yang berkaitan dengan kes yang sedang dibicarakan mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] SPRM bongkar audio konspirasi jenayah libatkan Najib, Rosmah

“Tindakan tersebut diperakui ramai boleh mendatangkan subjudis dan menghina mahkamah yang sedang berjalan,” katanya hari ini.

Tambah Asyraf Wajdi, tindakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu bermotifkan politik ketika parti kerajaan begitu terdesak untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis setelah mengalami kekalahan besar di empat PRK sebelum ini.

“SPRM bukan sahaja seharusnya bertindak berkecuali daripada politik bahkan mesti dilihat melangkaui polemik politik kepartian!

“Justeru, Pemuda UMNO sekali lagi menyarankan agar Latheefa melepaskan jawatan dan lebih sesuai kembali kepada jawatan asal beliau dalam kepimpinan tertinggi PKR yang sedang mengalami krisis kepimpinan yang kronik,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dedah rakaman audio, SPRM langgar Perlembagaan: Ramkarpal

Najib terkejut audio didedah menjelang PRK Kimanis