X

Kindly register in order to view this article
!

Rakaman audio: Polis akan panggil Latheefa Koya

Abdul Hamid Bador ketika bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Latheefa Koya akan dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung sembilan set rakaman perbualan dipercayai melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta beberapa individu lain.

Bagaimanapun, tarikh dan hari Latheefa akan dipanggil polis tidak didedahkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan akan dijalankan daripada semua sudut termasuklah dari mana ia diperoleh, isi kandungannya dan lain-lain.

"Siasatan kes itu akan dibuat di bawah beberapa Seksyen dan Kanun Keseksaan antaranya Seksyen 203A bagi mengenal pasti punca kebocoran maklumat berkenaan dan Seksyen 218 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi,” katanya pada sidang media khas sempena Pencapaian 2019 dan Perancangan 2020 di Bukit Aman di sini hari ini.

Keratan akhbar Sinar Harian pada Khamis lalu.
Keratan akhbar Sinar Harian pada Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] SPRM bongkar audio konspirasi jenayah libatkan Najib, Rosmah

Pada 8 Januari lalu, SPRM telah memutarkan beberapa set rakaman audio perbualan yang melibatkan Najib dan lain-lain yang disifatkan oleh ketua badan anti rasuah itu iaitu Latheefa sebagai kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara.

Kemudian, keesokannya SPRM telah mengesahkan sebahagian daripada rakaman audio yang didedahkan itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pihak SPRM juga masih menunggu panggilan daripada pihak polis untuk membuka kertas siasatan dan urusan-urusan yang berkaitan.

Klip audio itu berkaitan dengan perbualan yang melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus