Salina Yussof meninggal dunia di rumah jagaan

No Image Caption
A
A
A

BEKAS atlet berbasikal negara, Salina Yussof menghembuskan nafasnya yang terakhir di Rumah Jagaan Warga Emas Mercy.

Allahyarham Salina yang sebelum ini terlantar di sebuah rumah jagaan di Seremban itu menerima perhatian menerusi Projek Ramadan di antara Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Astro Arena.

Bagaimanapun, keadaannya semakin kritikal sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 8 malam tadi.

Adik beradiknya juga sempat menziarahinya dan membelinya baju kurung.

Dalam laporan wartawan Astro Arena 15 Mac lalu, Fatin Ruzaiman, pemenang pingat emas Sukan SEA Bangkok 1985 itu disahkan sedang menghidap kanser usus tahap empat. - Astro Arena

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: