World #QuranHour 2024 fokus kepada Malaysia

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke program World #QuranHour 2024 yang berlangsung di Masjid Negara pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke program World #QuranHour 2024 yang berlangsung di Masjid Negara pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penganjuran World #QuranHour edisi kesembilan tahun ini memberi fokus kepada Malaysia kerana mengambil kira situasi yang sedang berlaku di dalam negara ketika ini.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kecelaruan yang berlaku dalam masyarakat membabitkan peranan golongan agamawan, pemimpin dan rakyat perlu dibendung segera.

Hussamuddin
Hussamuddin

Ujarnya, peranan ketiga-tiga kelompok itu perlu dibuat penetapan semula agar dapat membina kembali perpaduan masyarakat khususnya umat Islam.

"Kita tengok hampir seluruh umat Islam di dunia sedang porak peranda dan dalam negara kita sendiri pun agamawan dengan pemimpin bergaduh.

"Ada juga situasi rakyat cuba jadi agamawan, agamawan cuba menjadi pemimpin yang mana menyebabkan ia jadi celaru.

"Jadi, melalui penetapan semula ini kita mahu semua balik kepada ajaran al-Quran dan ambil tugas masing-masing," katanya kepada pemberita selepas World #QuranHour 2024 yang berlangsung di Masjid Negara di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian peserta World #QuranHour ketika membaca Ikrar Quran di Masjid Negara pada Khamis.
Sebahagian peserta World #QuranHour ketika membaca Ikrar Quran di Masjid Negara pada Khamis.

Program interaksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal anjuran WUIF yang dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) edisi kali ini mengangkat tema ‘Ummah #GrandReset: Kesatuan & Transformasi Sosial’ dengan berpandukan surah al-Jumu’ah.

Masjid Negara yang menjadi lokasi perdana kepada acara kali ini juga menyaksikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Antara tetamu kenamaan lain yang turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail.

Sementara itu, Hussamuddin yang juga Penasihat Kumpulan Karangkraf turut menggesa agar semua pihak mengambil tanggungjawab untuk melakukan penetapan semula tersebut.

"Ini bukan peranan kerajaan tetapi rakyat yang kena berubah dan kembali kepada ajaran al-Quran sebagai panduan hidup," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!