KFC sahkan cawangan ditutup sementara kerana kekangan kos

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA – [DIKEMAS KINI] Sebagai tindak balas kepada keadaan ekonomi yang mencabar, QSR Brands dan KFC Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk menutup cawangannya buat sementara waktu sebagai langkah untuk menguruskan peningkatan kos perniagaan.

KFC dalam satu kenyataan memaklumkan, pekerja dari kedai yang terjejas telah ditawarkan peluang untuk berpindah ke kedai yang masih beroperasi sebagai sebahagian daripada strategi taktikal untuk mengoptimumkan sumber dalam zon perdagangan dengan penglibatan pelanggan yang lebih tinggi.

“Menyumbang secara positif kepada masyarakat Malaysia, memelihara kecintaan jenama terhadap KFC dan melindungi pekerja jenama itu semuanya menjadi keutamaan kepada organisasi.

“Pekerja dari cawangan yang terjejas telah ditawarkan peluang untuk berpindah ke kedai operasi yang lebih sibuk sebagai sebahagian daripada usaha pengoptimuman semula syarikat,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Jelasnya, sebagai sebuah syarikat yang telah berkhidmat untuk rakyat Malaysia selama lebih 50 tahun, tumpuan kekal pada penyediaan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan, sambil menyumbang secara positif kepada ekonomi Malaysia melalui jaminan pekerjaan untuk 18,000 ahli pasukan di Malaysia, yang mana, kira-kira 85 peratus adalah Muslim.

“QSR Brands terus menjadi antara pembayar cukai terbesar di Malaysia dan berbangga kerana dapat memberi kembali kepada masyarakat melalui KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah.

“Kami amat percaya rakyat Malaysa akan terus menyokong dan mengiktiraf keikhlasan dan kerja keras kami dalam menyumbang kepada ekosistem perniagaan makanan di Malaysia,” katanya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: