[VIDEO] 'Bersyukur berpeluang sertai World #QuranHour' - Young Syefura

A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman mengakui teruja dan terharu apabila kali pertama berkesempatan bersama-sama ribuan peserta bagi menyertai World #QuranHour berlangsung di Masjid Negara pada Khamis.

Menurutnya, pendekatan mengangkat surah al-Jumu'ah sempena acara kali ini membantu masyarakat Islam bersama-sama memahami makna kandungan sebagai panduan dalam kehidupan.

"Alhamdulillah acara ini amat bermakna apabila kita dapat bersama-sama membaca dan memahami al-Quran (surah al-Jumu'ah).

"Ini kali pertama bagi saya...saya rasa sangat teruja dan bersyukur kerana diberikan peluang dan kesempatan untuk hadir.

"Insya-ALLAH ini sangat bagus untuk diteruskan dan kita dapat mengimarahkan lagi bersama," katanya kepada Sinar Harian.

Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam program World #QuranHour 2024 di Masjid Negara pada Khamis. Gambar kecil: Young Syefura
Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam program World #QuranHour 2024 di Masjid Negara pada Khamis. Gambar kecil: Young Syefura

World #QuranHour kesembilan yang mengangkat tema ‘Ummah #GrandReset: Kesatuan & Transformasi Sosial’ dengan berpandukan surah al-Jumu’ah.

Artikel Berkaitan:

Masjid Negara di sini, dipilih sebagai lokasi perdana bagi penganjuran program interaksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal kali ini.

Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tahun ini juga lebih bermakna dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!