'Kantoi' tiada lesen memandu gara-gara terlepas simpang

Azrin menjalankan pemeriksaan awal terhadap penunggang wanita yang ditahan di Plaza Tol PJS 2, Petaling Jaya, pada Rabu, kerana tidak mempunyai lesen memandu.
Azrin menjalankan pemeriksaan awal terhadap penunggang wanita yang ditahan di Plaza Tol PJS 2, Petaling Jaya, pada Rabu, kerana tidak mempunyai lesen memandu.
A
A
A

PETALING JAYA - Nasib tidak menyebelahi seorang penunggang motosikal gara-gara terlepas simpang jalan sebelum ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas kesalahan tiada lesen memandu.

Kesalahan terbabit dikesan selepas wanita berusia 23 tahun yang membonceng rakannya itu ditahan di Plaza Tol PJS 2, di sini pada Rabu.

Sinar Harian yang mengikuti operasi terbabit mendapati wanita yang dalam perjalanan dari sebuah kedai makan dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC itu kesal akan kesalahan dilakukannya.

Azrin menyerahkan topi keledar percuma kepada penunggang motosikal sebagai kempen advokasi bagi menggantikan topi keledar yang rosak atau tidak ikut spesifikasi.
Azrin menyerahkan topi keledar percuma kepada penunggang motosikal sebagai kempen advokasi bagi menggantikan topi keledar yang rosak atau tidak ikut spesifikasi.

"Maaf tuan, saya dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Saya tersalah jalan, sepatutnya masuk simpang di belakang sana, tapi terlajak ke sini (sekatan)," kata pekerja sebuah hospital swasta di Petaling Jaya itu.

Susulan itu, motosikal wanita terbabit antara 40 motosikal yang disita oleh JPJ Selangor menerusi Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula jam 9 malam.

Operasi yang tamat pada jam 12 tengah malam itu turut mengesan segelintir penunggang yang bertindak memecut laju motosikal bagi elak ditahan hingga hampir melanggar anggota bertugas.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, sebanyak 497 motosikal telah diperiksa dengan 192 daripadanya telah dikenakan tindakan termasuk saman dan sitaan.

Azrin dalam sidang akhbar semasa Op HRA di Plaza Tol PJS 2, Petaling Jaya pada Rabu.
Azrin dalam sidang akhbar semasa Op HRA di Plaza Tol PJS 2, Petaling Jaya pada Rabu.

Katanya, JPJ Selangor telah mengeluarkan 395 saman yang mana kesalahan tiada lesen memandu kompeten (CDL) paling banyak dicatatkan iaitu 117 kes, CDL tamat tempoh (39), cukai jalan tamat tempoh (55), tiada insurans (42), nombor pendaftaran (26), kesalahan teknikal (45) dan selebihnya lain-lain kesalahan.

"Ini termasuklah notis larangan penggunaan kenderaan serta notis arah periksa," ujarnya.

Tambah Azrin, selain tindakan penguatkuasaan, pihaknya turut mengambil tindakan proaktif iaitu advokasi mengenai topi keledar kepada pengguna motosikal.

"Kita menukar topi keledar yang rosak dan tidak ikut spesifikasi kepada penunggang motosikal. Ia turut diberikan kepada kanak-kanak agar mereka di jalan raya dalam keadaan selamat dan dilindungi," katanya.

Beliau berharap dengan pelaksanaan Op HRA bermula 1 hingga 20 April ini dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Sebarang aduan trafik boleh salurkan di talian hotline JPJ Selangor 03-55669442 atau melalui emel aduantrafik@jpj.gov.my atau platform e-Aduan@JPJ.


Op Khas Aidilfitri: 382 pegawai, anggota JPJ bertugas

Antara penunggang motosikal yang dikenakan tindakan saman oleh JPJ Selangor semasa Op HRA di Plaza Tol PJS 2, Petaling Jaya, pada Rabu.
Antara penunggang motosikal yang dikenakan tindakan saman oleh JPJ Selangor semasa Op HRA di Plaza Tol PJS 2, Petaling Jaya, pada Rabu.

PETALING JAYA - Sebanyak 382 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor ditugaskan untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan jalan raya dalam Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi berkenaan dilancarkan bertujuan memantau kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya selain memastikan operasi perkhidmatan pengangkutan awam berjalan lancar serta selamat.

Beliau berkata, dalam operasi itu juga pihaknya akan memperbanyakkan rondaan dan pemantauan di jalan-jalan utama dan lokasi berisiko berlaku kemalangan.

"Penguatkuasaan yang tegas akan dijalankan bagi sembilan kesalahan utama antaranya melibatkan memandu melebihi had laju, tidak patuh lampu isyarat merah, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memotong barisan dan memandu di lorong kecemasan.

"Dalam op ini anggota kami juga akan membuat pemeriksaan teknikal terhadap bas-bas di depoh bagi memastikan aspek keselamatan diutamakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekatan jalan raya sempena operasi berkenaan di Plaza Tol PJS 2 Lebuhraya Baru Pantai di sini pada Rabu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!