Arsenal rampas pendahulu EPL

Odegaard (tengah) meraikan jaringannya dengan Kai Havertz ketika aksi menentang Luton Town. Foto AFP
Odegaard (tengah) meraikan jaringannya dengan Kai Havertz ketika aksi menentang Luton Town. Foto AFP
A
A
A

ARSENAL kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas meraih kemenangan selesa 2-0 ke atas Luton Town di Stadium Emirates pada awal pagi Khamis.

Kapten Martin Odegaard membuka tirai jaringan selepas 24 minit dan gol sendiri oleh Daiki Hashioka meletakkan tuan rumah mengawal perlawanan pada separuh masa pertama.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu naik tangga pertama dengan 68 mata daripada 30 perlawanan walaupun Liverpool yang mempunyai 67 mata boleh kembali merampas kedudukan dengan perlawanan di tempat sendiri menentang Sheffield United awal pagi esok.

Manchester City juga memungut 67 mata daripada 30 perlawanan selepas kemenangan 4-1 ke atas Aston Villa.

"Sangat gembira. Ia adalah permainan yang sangat sukar dan kredit kepada Luton, mereka adalah pasukan yang sangat bagus dan menyukarkan kami.

“Kami menjaringkan dua gol yang bagus pada separuh masa pertama, pada separuh masa kedua kami tidak mendapat rentak yang betul. Saya gembira dengan pemain yang masuk, mereka membuat perubahan.

"Kini kami mempunyai skuad yang lebih besar dengan hampir semua orang cergas," kata Arteta.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: