Petr Cech percaya Arsenal boleh menjuarai EPL

Leandro Trossard (kanan) menjaringkan gol ke-8,000 Arsenal dalam sejarah penubuhan kelab itu ketika The Gunners membelasah West Ham 6-0 di Stadium London pada Ahad lalu. Foto Agensi
Leandro Trossard (kanan) menjaringkan gol ke-8,000 Arsenal dalam sejarah penubuhan kelab itu ketika The Gunners membelasah West Ham 6-0 di Stadium London pada Ahad lalu. Foto Agensi
A
A
A

BEKAS penjaga gol Chelsea, Petr Cech meramalkan Arsenal bakal menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Cech yang pernah beraksi selama empat musim bersama The Gunners bermula 2015 percaya skuad kendalian Mikel Arteta itu mempunyai segala-galanya untuk menjulang trofi EPL.

Kali terakhir Arsenal bergelar juara EPL adalah pada musim 2003/04 dengan mengumpul 90 mata.

Skuad Arsene Wenger ketika itu digelar The Invicibles kerana tidak merekodkan kekalahan dalam 38 perlawanan.

Musim lalu, anak buah Arteta memberikan saingan sengit kepada Manchester City, tetapi pada akhirnya kempunan trofi kejuaraan dengan jarak lima mata.

"Musim ini saingan amat sengit tetapi saya fikir Arsenal boleh melakukannya (juara EPL)," ujar Cech.

Arsenal ketika ini sekadar dipisahkan dua mata daripada pendahulu Liverpool yang mengumpul 54 mata.

Kelab berpangkalan di utara London itu kini menghuni tangga ketiga liga, namun berkongsi pungutan mata dengan penyandang juara Manchester City (52) yang berkelebihan satu perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Saingan EPL kini berbaki 14 perlawanan dengan aksi terakhir berlangsung pada 19 Mei depan.