Rebut wakaf pembinaan Masjid Tahfiz Lembah Pergau

Kameruzaman (kanan) berdiri di hadapan Masjid Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau yang dalam pembinaan.
Kameruzaman (kanan) berdiri di hadapan Masjid Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau yang dalam pembinaan.
A
A
A

JELI - Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau di sini membuka peluang kepada orang ramai meraih keberkatan 10 hari terakhir Ramadan melalui wakaf bangunan masjid dalam kadar RM50 untuk satu lot.

Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau, Kameruzaman Ab Rahman berkata, pembinaan masjid di lokasi Bukit Tapis Kampung Jerimbong, Kuala Balah itu bermula pertengahan tahun 2022 dan kini baru 25 peratus kemajuan.

Menurut beliau, keseluruhan dana yang diperlukan bagi menyiapkan masjid tersebut berjumlah RM1.5 juta dan masih belum mencukupi.

“Sempena Ramadan ini, kami memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk merebut pahala berwakaf dalam jumlah RM50 bagi satu lot bangunan.

“Kami mahu ramai dapat berwakaf bagi menyiapkan masjid tersebut yang akan mempunyai kelengkapan ruang solat, bilik mesyuarat dan pejabat,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Menurut beliau, masjid yang siap itu nanti akan dapat memberi keselesaan dan menampung kira-kira 150 pelajar atau jemaah pada satu-satu masa.

Selain itu, katanya, penduduk yang jauh dari pusat bandar akan memperoleh kemudahan untuk menghantar anak-anak ke maahad berkenaan.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh terus ke akaun Maybank 5530 56414773 atas Nama Madrasah Tahfiz Lembah Pergau atau hubungi pembantu tahfiz, Baihaqi Kameruzaman di talian 014-530 5331.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!