Sekurang-kurangnya 25 maut kebakaran kelab malam di Istanbul

Pasukan bomba memeriksa bangunan 16 tingkat yang terbakar. Foto Agensi
Pasukan bomba memeriksa bangunan 16 tingkat yang terbakar. Foto Agensi
A
A
A

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 25 orang maut apabila kebakaran meletus di sebuah kelab malam di Istanbul yang menjalani pengubahsuaian, lapor dpa memetik laporan agensi berita Turkiye Anadolu.

Bilangan yang cedera di bangunan 16 tingkat di daerah Beşiktaş, di sebelah Eropah bandar itu, masih belum diketahui.

Anadolu melaporkan pejabat gabenor Istanbul berkata, kebakaran berlaku sekitar tengah hari Selasa di tingkat bawah bangunan itu, di mana kelab malam terletak.

Punca sebenar masih tidak jelas, tetapi kebakaran mungkin bermula semasa pengubahsuaian bangunan yang sedang dijalankan, menurut pejabat itu.

Lima orang telah ditahan, penyiar CNN Türk melaporkan tanpa memberikan butiran lanjut. Pejabat pendakwa raya telah melancarkan siasatan. - Bernama-dpa

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: