Iklan raya Bank Rakyat papar kemelut hidup anak yatim

Orang ramai boleh menonton 'Tulus Ikhlas' menerusi semua platform media sosial rasmi Bank Rakyat.
Orang ramai boleh menonton 'Tulus Ikhlas' menerusi semua platform media sosial rasmi Bank Rakyat.
A
A
A

SHAH ALAM - Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, Bank Rakyat melancarkan filem pendek raya berjudul 'Tulus Ikhlas' yang diarahkan oleh pelakon terkenal, Aaron Aziz.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, filem fiksyen pendek berdurasi tujuh minit itu menggandingkan Aaron Aziz dan Sharifah Husna Syed Mustaffa, selain dua pelakon cilik iaitu Aaron Yusof Raj serta Adreana Jameela Raj.

Menurutnya, iklan raya Bank Rakyat rata-ratanya melibatkan barisan pengarah yang belum pernah menghasilkan iklan komersial atau iklan raya seperti Allahyarham Mamat Khalid dan Sabri Yunus.

Nizam (kanan) dan Aaron menjelaskan mengenai pembikinan 'Tulus Ikhlas' yang dilancarkan di Menara Kembar Bank Rakyat pada Selasa. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
Nizam (kanan) dan Aaron menjelaskan mengenai pembikinan 'Tulus Ikhlas' yang dilancarkan di Menara Kembar Bank Rakyat pada Selasa. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Pada tahun ini pula, Datuk Aaron Aziz nama yang cukup sinonim dengan naskhah filem atau drama tanah air, buat pertama kali tampil dengan arahan iklan raya bagi filem pendek Bank Rakyat iaitu ‘Tulus Ikhlas’.

“Ia mengisahkan kesedaran sosial oleh kanak-kanak berusia 10 tahun bernama Rayyan tentang kemelut kehidupan anak-anak yatim yang tiada tempat berlindung serta kurang bernasib baik berbanding dirinya dan adik perempuannya,” katanya pada pelancaran filem pendek ‘Tulus Ikhlas’ di Menara Kembar Bank Rakyat.

Tambah Nizam, Bank Rakyat saban tahun tidak ketinggalan mempersembahkan filem pendek raya untuk tontonan umum.

Artikel Berkaitan:

Nizam
Nizam

"Sudah kelaziman setiap penonton tanah air disajikan dengan iklan raya yang sarat dengan mesej setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri. Begitu juga dengan filem pendek raya 'Tulus Ikhlas' yang jelas menyampaikan mesej tersirat.

"Oleh itu, saya berharap agar penonton mengambil teladan terhadap mesej ‘memberi dengan ikhlas’ menerusi filem tersebut," jelasnya.

Beliau memberitahu, orang ramai boleh menonton filem pendek raya ' tulus ikhlas' menerusi semua platform media sosial rasmi Bank Rakyat seperti Instagram, Facebook dan saluran rasmi Youtube Bank Rakyat.

Sementara itu, Aaron berkata, iklan raya tersebut merupakan cetusan idea daripada Bank Rakyat dan Razor’s Edge Pictures Sdn. Bhd.

"Saya mengambil masa dua hari penggambaran dan cabarannya ialah masa. Bagaimana mahu memenuhi semua scene dalam masa tujuh minit.

"Saya berharap orang ramai tidak membandingkan iklan raya tersebut dengan filem raya terbitan pihak lain," jelasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!