Bekalan ayam, daging di Perak cukup untuk Aidilfitri

Mohd Zolkafly (tiga dari kanan) bersama Tina (empat dari kanan) mengacau bubur lambuk sempena program agihan bubur lambuk anjuran TT Group bersama gabungan 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Selasa.
Mohd Zolkafly (tiga dari kanan) bersama Tina (empat dari kanan) mengacau bubur lambuk sempena program agihan bubur lambuk anjuran TT Group bersama gabungan 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Selasa.
A
A
A

IPOH - Bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi bagi keperluan Aidilfitri di negeri ini, kata Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Beliau berkata, ketika ini bekalan adalah stabil dan tiada sebarang laporan diterima berkaitan kekurangan barangan.

"Tidak timbul masalah setakat ini. Sama ada bekalan daging, ayam, minyak, telur dan beras, semuanya telah dipantau dan mencukupi untuk menyambut hari raya ini.

"Jadi orang ramai termasuk yang bukan Islam tidak perlu bimbang. Di pihak kerajaan negeri, saya bersama agensi berkaitan beri jaminan dalam perkara ini," katanya kepada pemberita sempena program agihan bubur lambuk anjuran TT Group bersama gabungan 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Taj International College dekat sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Taj International College (TIC), Tina Tajuddin.

Dalam majlis itu, sebanyak 1,000 pek bubur lambuk diedarkan ke 10 lokasi tumpuan orang ramai di sekitar Ipoh.

Mohd Zolkafly
Mohd Zolkafly

Mohd Zolkafly berkata, kerajaan negeri melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan jualan Agro Madani pra Syawal di Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Perak di Gopeng pada 5 April ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, jualan itu memfokus kepada barangan keperluan bagi menyambut Aidilfitri antaranya beras, kentang, bawang, aneka biskut raya dan kerepek pada harga berpatutan.

Ini disusuli jualan khas Aidilfitri di Lenggong pada 7 April yang antara lain menyediakan hampir 2,500 ekor ayam dijual dengan harga RM10.

"Sebolehnya kita nak adakan jualan sama di semua daerah, namun ada kekangan.

Mohd Zolkafly (tengah) bersama sebahagian pelajar TIC sempena program agihan bubur lambuk anjuran TT Group bersama gabungan 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Selasa.
Mohd Zolkafly (tengah) bersama sebahagian pelajar TIC sempena program agihan bubur lambuk anjuran TT Group bersama gabungan 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Selasa.

"Insya-ALLAH selepas raya nanti, kita teruskan dengan jualan di peringkat daerah dengan penglibatan pelbagai agensi untuk orang ramai mendapatkan barangan lebih murah dan berkualiti," katanya.

Sementara itu, Tina berkata, program agihan bubur lambuk menjadi simbolik kepada kolaborasi strategik antara kerajaan negeri, TIC dan NGO di Perak.

Ujarnya, 10 NGO yang terlibat, Dewan Perniagaan Melayu Perak (DPMP), Persatuan Wanita Cekal Sungai Siput, Persatuan India Musim Perak (PRIM) dan Persatuan Ibu Tunggal Nur Kasih Perak.

"Turut terlibat, Persatuan Khidmat Darat, Laut dan Udara, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Kinta, Persatuan Kebajikan Prihatin Sosial Negeri Perak, Persatuan Sahabat Pejuang Kanser Perak, Kelab Kebajikan Nurani Kinta Perak dan Pertubuhan Permata Ibu Tunggal Perak," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!