Bantu tanpa mengira agama

Muhammad Fikri (tengah) bergambar bersama Wei Yeow (kiri) dan Xiao Tong (kanan) selepas penyerahan sumbangan berkenaan.
Muhammad Fikri (tengah) bergambar bersama Wei Yeow (kiri) dan Xiao Tong (kanan) selepas penyerahan sumbangan berkenaan.
A
A
A

MELAKA - Biarpun berbeza agama, namun ia menjadi tidak menghalang seorang pemuda membantu kanak-kanak berbangsa Cina yang terpilih mewakili negeri dalam acara sukan pingpong.

Ketua Pegawai Eksekutif Beaks Construction Sdn Bhd (Beaks), Muhammad Fikri Mohd Ali berkata, melihat kesukaran kanak-kanak itu, Koh Wei Yeow, 11, untuk mendapatkan tajaan bagi mewakili negeri dalam acara sukan berkenaan menyebabkannya rasa terpanggil membantu murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pay Teck, Kampung Tiga itu.

Menurutnya, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan syarikat pembinaannya bukan sahaja bertujuan mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang berbaki kurang 10 hari, malah dapat memperkasakan semangat Malaysia Madani.

Muhammad Fikri (kanan) menyerahkan sumbangan wang kepada Wei Yeow.
Muhammad Fikri (kanan) menyerahkan sumbangan wang kepada Wei Yeow.

"Saya diberitahu murid ini masih kekurangan dana untuk kos kelengkapan peralatan sukan ke pertandingan itu.

"Jadi kita berbesar hati membantu kerana percaya konsep sumbangan dalam Islam itu luas dan tidak perlu hanya terhad untuk masyarakat Islam semata-mata," katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.

Ujarnya, murid berkenaan terpilih mewakili Melaka ke pertandingan International Table Tennis Federation (ITTF) Asia Hopes Week & Challenge 2024 yang akan berlangsung di Thailand pada April atau Mei depan.

Terdahulu, Muhammad Fikri menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa Wei Yeow, sambil disaksikan guru Penolong Kanan Kokurikulum, Siau Xiao Tong.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!