Harmonikan hubungan dengan Persekutuan demi rakyat - Amanah Kedah

Mohd Asmirul. Foto fail Bernama
Mohd Asmirul. Foto fail Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah perlu mewujudkan hubungan yang harmoni dengan Persekutuan dan negeri jiran dalam melaksanakan agenda bagi memberikan manfaat kepada seluruh rakyatnya.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, sikap terbuka itu perlu demi kesejahteraan rakyat selain meningkatkan taraf hidup melalui kerjasama dan pembangunan yang dirancang bersama kerajaan Persekutan.

“Kalau kerajaan negeri tidak bersikap harmoni dengan kerajaan Persekutuan atau negeri jiran kelak, (kita bimbang) yang rugi adalah rakyat, projek-projek akan terbengkalai dan kita tidak ke mana serta tidak seiring dengan pembangunan negeri-neeri lain,” katanya pada sidang akhbar pada malam Ahad.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Iftar bersama Media dan Rakan Strategik Amanah Kedah di sebuah hotel di sini.

Mohd Asmirul (kanan) menerima cenderahati daripada Pengarah Komunikasi Amanah Kedah, Firdaus Shater selepas Majlis Iftar bersama Media dan Rakan Strategik Amanah Kedah di sebuah hotel pada Ahad.
Mohd Asmirul (kanan) menerima cenderahati daripada Pengarah Komunikasi Amanah Kedah, Firdaus Shater selepas Majlis Iftar bersama Media dan Rakan Strategik Amanah Kedah di sebuah hotel pada Ahad.

Bekas Exco Negeri Kedah itu berkata, kerajaan negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) perlu meletakkan rakyat sebagai keutamaan terutamanya melibatkan kebajikan mereka.

Jelasnya, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor juga perlu membuktikan kemampuan mereka dalam menjayakan projek-projek yang diraih melalui pelaburan yang telah diumumkan sebelum ini.

“Saya nampak dari awal kerajaan negeri Kedah hanya beretorik dan mereka manipulasi tentang fakta-fakta ekonomi dan kewangan yang dibentangkan, katanya kita mendapat pelaburan besar, projek besar.

Artikel Berkaitan:

“Tapi semua itu semata-mata hanya atas kertas dan yang ruginya projek itu tak beri impak langsung kepada rakyat.

"Akhirnya kegagalan demi kegagalan telah berlaku di Kedah,” ujar beliau.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28