Salah barakan tiga mata Liverpool di Anfield

Salah
Salah
A
A
A

LIVERPOOL melakar kemenangan ke-20 selepas bangkit ketinggalan satu gol ketika melayan kunjungan Brighton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield pada Ahad.

Tiga mata diraih anak buah Jurgen Klopp membolehkan The Reds menambah kutipan mata ke angka 67 ketika saingan berbaki sembilan perlawanan.

The Seagulls yang diaktifkan Roberto De Zerbi terlebih dulu bermula garang apabila mengegarkan gawang The Reds hasil jaringan bekas bintang Manchester United, Arsenal dan Watford, Danny Welbeck seawal minit kedua.

Gol pendahuluan pelawat itu tidak bertahan lama apabila Liverpool yang mula bangkit dari lamunan kembali menyamakan kedudukan menerusi sentuhan bintang Colombia, Luis Díaz dengan jaringan minit ke-27 bagi kedudukan 1-1 separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, jentera depan Liverpool dan Brighton meningkatkan tekanan, namun ketumpulan penyudah menjadi penghalang.

Bagaimanapun Liverpool akhir berjaya menemui gol tiga mata apabila Mohamed Salah meledak jaringan kedua The Reds pada minit ke-65 untuk kedudukan kekal 2-1.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: