KL City FC bawa pulang tiga mata dari Kuching

Antara aksi menarik perlawanan Kuching City menentang Kuala Lumpur City di Stadium Negeri pada Ahad. - Foto MFL
Antara aksi menarik perlawanan Kuching City menentang Kuala Lumpur City di Stadium Negeri pada Ahad. - Foto MFL
A
A
A

JARINGAN Arif Shaqirin Suhaimi pada minit ke-81, membolehkan Kuala Lumpur City membawa pulang tiga mata selepas menewaskan Kuching City, 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching pada Ahad.

The City Boys bermula garang apabila Paulo Josue meledak dua gol awal minit ke-19 dan m-41 bagi memimpin perlawanan sebelum jaringan Abu Kamara pada masa kecederaan memastikan kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan, 2-1.

Separuh masa kedua, The Cats finalis Piala Cabaran kendalian Aidil Sharin Sahak tampil menggandakan asakan bagi memburu gol penyamaan.

Gol dicari tuan rumah akhirnya hadir menerusi jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-72 untuk mengikat perlawanan 2-2.

Ketika pasukan tuan rumah sedang berkira-kira untuk berkongsi mata, Arif Shaqirin yang dimasukkan sebagai pemain gantian muncul wira buat angkatan Nenad Bacina untuk mata ke-37 selepas mengharungi 25 perlawanan - 10 menang, tujuh seri dan lapan kalah.

Kekalahan ke-18 musim ini selepas 25 perlawanan menyaksikan The Cats menghuni tangga ke-18 liga dengan sembilan mata - hasil satu menang dan enam seri.

Aksi terakhir liga kedua-dua pasukan, anak buah Bacina akan berdepan Sri Pahang di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada Sabtu manakala Kuching City bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi menentang Negeri Sembilan FC pada Ahad.

Artikel Berkaitan: