Murid didakwa kritikal kerana influenza ada komplikasi lain

Aminolhuda (tengah) ketika bercakap pada sidang media selepas menghadiri taklimat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor di Wisma Persekutuan, di sini hari ini.
Aminolhuda (tengah) ketika bercakap pada sidang media selepas menghadiri taklimat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor di Wisma Persekutuan, di sini hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dakwaan seorang murid Tahun Satu yang kini terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di negeri ini akibat jangkitan influenza A disahkan benar.

Exco Kesihatan, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan berkata, bagaimanapun terdapat komplikasi lain menyebabkan kanak-kanak tersebut ditahan di wad.

“Mengikut dakwaan ada yang kritikal, doktor pakar yang menyiasatnya telah memaklumkan ia melibatkan pelbagai masalah pada pesakit berkenaan, bukan kerana influenza itu sahaja.

“Ia telah berada luar daripada isu jangkitan influenza yang perlu saya maklumkan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor di Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Semalam, tular satu kejadian di laman sosial Facebook yang memaklumkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dalam keadaan kritikal selepas dipercayai influenza A sejak beberapa hari lalu.

Dakwaan tular di laman Facebook Johor mengenai keadaan murid Tahun Satu berkenaan.
Dakwaan tular di laman Facebook Johor mengenai keadaan murid Tahun Satu berkenaan.

Aminolhuda turut memberi jaminan bahawa penularan wabak influenza A di negeri ini terkawal walaupun Jabatan Pendidikan Negeri Johor mendedahkan seramai 89 murid disyaki dijangkiti influenza.

Jelasnya, jumlah tersebut masih terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan keseluruhan pelajar di Johor dari Tahun Satu hingga Tingkatan Enam berjumlah 580,000 orang.

Artikel Berkaitan: