Wanita maut, kereta bertembung lori hilang kawalan

Keadaan kereta yang dipandu mangsa remuk akibat kemalangan tersebut di KM29 Jalan Jerantut-Temerloh pada Rabu. Foto Ihsan PDRM
Keadaan kereta yang dipandu mangsa remuk akibat kemalangan tersebut di KM29 Jalan Jerantut-Temerloh pada Rabu. Foto Ihsan PDRM
A
A
A

TEMERLOH - Seorang wanita maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 29 Jalan Jerantut-Temerloh di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu kereta dari arah Jerantut menuju ke arah Temerloh.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, lori membawa muatan sawit yang dipandu lelaki berusia 47 tahun datang dari arah bertentangan telah hilang kawalan.

Keadaan lori yang dipandu lelaki berusia 47 tahun dalam kejadian tersebut pada Rabu. Foto Ihsan PDRM
Keadaan lori yang dipandu lelaki berusia 47 tahun dalam kejadian tersebut pada Rabu. Foto Ihsan PDRM

"Ia menyebabkan lori berkenaan lalu masuk ke laluan kereta dan melanggar bahagian hadapan Proton Saga tersebut.

"Pemandu kereta telah meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan di bahagian kepala manakala penumpang telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh bagi menerima rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, pemandu lori terbabit tidak memiliki lesen dan mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian swab Covid-19 diperoleh.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.