'Kami tidak layak untuk menang'

Erik ten Hag
Erik ten Hag
A
A
A

MISI Manchester United ke Liga Juara-Juara musim depan tersentak selepas diikat Brentford, 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris EPL di Stadium Komuniti Gtech pada Ahad.

Gol pemain The Bees, Kristoffer Ajer minit ke-99, berjaya memadam jaringan awal The Red Devils, yang dihasilkan pemain gantian Mason Mount minit ke-96.

Keputusan itu menyaksikan Manchester United kekal di kedudukan keenam, lapan mata di belakang Tottenham Hotspur di tempat kelima, satu slot yang mungkin untuk Liga Juara-Juara musim depan.

“Masih ada banyak perlawanan lagi,” kata pengendali United, Erik ten Hag yang nyata kecewa kepada pemberita apabila ditanya sama ada pasukannya masih boleh layak ke pertandingan kelab elit Eropah itu.

Ten Hag menerima kenyataan bahawa United memberi tekanan sepanjang aksi di Brentford, namun mengakui kecewa ketidakmampuan pemain-pemain untuk menoktahkan kemenangan selepas mendahului.

"Kami tidak layak untuk menang tetapi jika mahu menang anda perlu mengambil peluang ini," kata bekas pengendali kelab Ajax Amsterdam Belanda itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: