Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok

Sarjit Singh Foto Bernama
Sarjit Singh Foto Bernama
A
A
A

SENARAI akhir 30 pemain skuad hoki senior lelaki negara akan diumumkan pada Isnin sebagai persiapan mengharungi beberapa kejohanan tahun ini, menurut Ketua Jurulatih Sarjit Singh.

Beliau berkata, pihaknya sudah selesai membuat tapisan nama-nama pemain terbaik dalam pengamatannya bagi membentuk wajah baharu Speedy Tigers menerusi kem latihan diadakannya sebelum ini bagi tujuan tersebut.

Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) pada 4 hingga 11 Mei depan.

"Secara dasarnya kita sudah pilih 30 pemain itu. Kebanyakannya pemain muda manakala ada tiga hingga empat orang sahaja pemain senior.

"Semua pemain ini sememangnya komited bermain untuk negara dan ini peluang terbaik untuk mereka (mewakili negara),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bersama media, semalam.

Sebelum ini, Sarjit memanggil seramai 46 pemain daripada pasukan dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) bagi menyertai sesi pemilihan skuad Speedy Tigers yang bermula 19 Mac lepas dan berakhir semalam.

Kejohanan PSAS tahun ini menyaksikan skuad negara tampil selaku juara bertahan akan bersaing bersama Kanada, Jepun, New Zealand, Pakistan dan Korea Selatan.

Artikel Berkaitan:

Speedy Tigers kemudiannya akan beraksi di Piala Negara-Negara di Poland yang akan bermula 31 Mei hingga 9 Jun depan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28