Pengajaran buat FAM

Skuad negara menerima tamparan hebat dalam misi untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia selepas tewas kepada Oman di Muscat dan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Skuad negara menerima tamparan hebat dalam misi untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia selepas tewas kepada Oman di Muscat dan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
A
A
A

FAKTOR kecergasan yang membelenggu pemain negara ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Oman harus menjadi pengajaran berguna kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata, FAM sepatutnya sudah dapat menjangka masalah yang bakal timbul akibat masalah kecergasan tersebut dan perlu melakukan perancangan lebih rapi terhadap skuad Harimau Malaya.

Menurutnya, kegagalan untuk memanggil pemain lebih awal menyertai kem latihan pusat di sebalik tiada perlawanan kompetitif kerana liga berehat memberikan kesan apabila skuad negara tewas dua perlawanan tersebut.

“Nyata kita tidak dapat melakukan persiapan yang betul-betul jitu kerana Kim Pan-gon tidak dapat memulakan latihan awal.

“Pemain tiada kecergasan perlawanan dan ia memberikan kesan kepada pasukan sehingga kita tewas dengan banyak kesilapan dibuat dalam perlawanan tersebut.

“Kita silap kerana waktu rehat kita ini tidak bijak. Kenapa kita tak nak kumpulkan pemain lebih awal dan lakukan perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan,” katanya kepada Sukan Sinar.

Skuad negara menerima tamparan hebat dalam misi untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia selepas tewas kepada Oman di Muscat dan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Harimau Malaya ketika ini berada pada kedudukan ketiga Kumpulan D dibezakan tiga mata dengan Oman pada kedudukan kedua dan Kyrgyzstan yang memimpin kumpulan.

Artikel Berkaitan:

Selepas ini skuad kendalian Pan-gon itu akan menghadapi dua baki perlawanan kempen ke-layakan menentang Kyrgyzstan di laman lawan dan Taiwan di SNBJ pada Jun.

Mereka tidak mempunyai pilihan selain menang dua perlawanan terakhir itu sekiranya berhasrat untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak lebih awal ke Piala Asia 2027.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28