PSM buat bedah siasat padang Stadium Nasional Bukit Jalil

Pekerja penyelenggaraan membaik pulih padang sebelum perlawanan bersambung kembali bagi perlawanan Kumpulan D sempena Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di antara Malaysia menentang Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil
-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pekerja penyelenggaraan membaik pulih padang sebelum perlawanan bersambung kembali bagi perlawanan Kumpulan D sempena Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di antara Malaysia menentang Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil -- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) akan melakukan bedah siasat berhubung keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil selepas perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Oman.

PSM dalam satu kenyataan di laman media sosial mereka berkata, mesyuarat itu akan melibatkan juruperunding dan kontraktor yang akan berlangsung minggu depan.

"PSM akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang SNBJ pada awal minggu hadapan.

"PSM komited untuk terus membuat penambahbaikan dan akan memberikan maklum balas selepas 'post mortem'," kata PSM.

Sebelum ini, PSM menjadi mangsa kritikan selepas padang Stadium Nasional Bukit Jalil rosak teruk susulan konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran pada 24 Februari lalu.

Namun, PSM berjaya memperbaiki keadaan padang itu, tetapi berada pada tahap 100 peratus apabila rumput dilihat beberapa kali tercabut semasa perlawanan selain kesan tapak pentas konsert masih kelihatan.

Pengendali Oman, Jaroslav Silhavy turut mengkritik keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang memberikan kesukaran kepada pasukannya mempamerkan persembahan lebih baik biarpun berjaya menewaskan Harimau Malaya 2-0.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: